Mercu tanda Bandar_Raya_Mexico

Pusat Bersejarah Bandar Raya Mexico dan Xochimilco
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Fail:Mexico-city-cathedral.jpg
Nama asliCiudad de México
LokasiEmpayar Mexico Pertama, Sepanyol Baru, Mexico, Mexico
Koordinat19°25′10″N 99°08′44″W / 19.4194°N 99.1456°W / 19.4194; -99.1456
Kawasan1,485 km2 (1.598×1010 ka2)
Kriteriaii, iii, iv, v
Rujukan412
Inskripsi1987 (sesi ke-11)
Dalam bahaya
Laman sesawangwww.cdmx.gob.mx
Ralat Lua pada baris 532 di Modul:Location_map: 1 captions were provided, but only 0 maps were provided.
Lihat pendokumenan templat ini
Kawasan perumahan Lomas de Chapultepec

Pusat Bersejarah (Centro Histórico) dan “taman terapung” Xochimilco di daerah selatan telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Antara mercu-mercu tanda terkemuka di Pusat Bersejarah ini termasuk Plaza de la Constitución (Zócalo), dataran pusat utama yang letaknya Gereja Besar Metropolitan dan Istana Negara, tinggalan zaman Sepanyol yang berdekatan dengan saki-baki kuil Aztek, Templo Mayor (“Kuil Utama”). (Templo Mayor ditemui pada tahun 1978, ketika kerja menggali tanah dijalankan untuk memasang kabel elektrik bawah tanah.)

Mercu tanda yang paling terkenal di Bandar Raya Mexico ialah tugu emas Malaikat Kemerdekaan yang didirikan di lebuh agam yang bernama Paseo de la Reforma, setelah dibina atas titah Maharaja Maximilian dari Mexico berasaskan Champs-Élysées di Paris. Lebuh ini direka di atas laluan tertua di benua Amerika pada abad ke-19, untuk menghubungkan Istana Negara (pusat kerajaan) dengan kediaman maharaja, Istana Chapultepec. Kini, lebuh ini menjadi daerah kewangan utama di mana letaknya Bursa Saham Mexico dan beberapa ibu pejabat korporat. Sebuah lagi lebuh terkemuka ialah Avenida de los Insurgentes, yang merupakan antara lebuh-lebuh terpanjang di dunia pada 28.8 km (17.9 mi).

Di taman Chapultepec letaknya Istana Chapultepec, kini sebuah muzium atas bukit yang menghadap taman itu dan berbilang muzium, tugu, zoo negara dan Muzium Antropologi Negara (yang menempatkan batu takwim Aztek). Sebuah lagi hasil seni bina yang menakjubkan ialah Muzium Kesenian Halus, sebuah bangunan teater/muzium marmar putih yang begitu berat sehingga beransur-ansur terbenam ke dalam tanah lembut di bawahnya. Pembinaannya bermula ketika zaman kepresidenan Porfirio Díaz, tetapi terhenti setelah diganggu oleh Revolusi Mexico pada 1920-an. Antara tapak-tapak lain yang tidak kurang pentingnya termasuk Plaza Tiga Budaya di kejiranan Tlatelolco, serta tempat keramat dan Basilika Siti Maryam Guadalupe. Terdapat perkhidmatan bas dua tingkat “Turibus” yang mengitari tapak-tapak bersejarah sebegini, dilengkapi sistem audio termasa yang memerikan tapak-tapak yang dilaluinya dalam berbilang bahasa.

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Raya_Mexico http://www.sbg.ac.at/ipk/avstudio/pierofun/mexico/... http://www.aeropuertosmexico.com/DF/aptoDFes.htm http://banamex.com/esp/pdf_bin/esem/df-irae-0209.p... http://www.city-data.com/world-cities/Mexico-City-... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.emporis.com/en/wm/ci/?id=101008 http://www.esmas.com/noticierostelevisa/mexico/443... http://www.esmas.com/noticierostelevisa/terremoto/... http://www.foreignpolicy.com/story/cms.php?story_i... http://www.lcbmexico.com/cm1.cfm?fid=107&lang=2